Education has increasingly become more important and accessible throughout the decades. Not only does this pillar build up the leaders within the country, but it also secures the future of many. With the advancements of technology and the acceleration of Industry 4.0, students now have more options to access education in comparison to the past. Ko Chuan Zhen, our CEO and co-founder was featured in Berita Harian, as an alumnus of Multimedia University (MMU), reflects on how his university education pre-Industry 4.0 has played a role in his current position.
Find the coverage below:
Graduan MMU cipta peluang kerjaya
Kuala Lumpur: Universiti Multi- media (MMU) terus melangkah ke hadapan bagi melahirkan graduan yang memiliki kebolehpasaran tinggi dalam pasaran kerja sejajar perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Sejak ditubuhkan 24 tahun lalu, lebih 60,000 graduan berjaya dihasilkan universiti itu di mana sebahagiannya menjadi pemain utama dan ikon dalam pelbagai industri di dalam mahupun luar negara.
Pengarah Siri Animasi Ejen Ali, Muhammad Usamah Zaid Yasin yang juga graduan MMU pada 2006 berkata, beliau masih ingat kali pertama melangkah kaki ke kelas reka bentuk multimedia yang sebelum itu cukup asing bagi dirinya.
Katanya, ekosistem pengajian MMU yang berkualiti tinggi, kreatif, inovatif, silibus berasaskan kehendak industri dan dilengkapi ilmu keusahawanan menjadikan graduannya sebagai pencetus trend baharu dalam industri.
“Pendekatan pembelajaran yang diperoleh cukup menarik dan akhirnya pengalaman di MMU ini menjadi pencetus untuk saya mengejar kerjaya dalam bidang animasi,” katanya kepada BH Varsiti.
Usamah ialah pengasas bersa- ma dan ketua pegawai eksekutif WAU Animation Studios Sdn Bhd yang menerbitkan filem animasi Ejen Ali The Movie bersama-sa- ma Primeworks Studios yang meraih kutipan RM20 juta dalam tempoh dua minggu tayangan di pawagam negara ini.
Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi dan Pemasaran MMU, Zambri Pawanchik, berkata era IR4.0 tidak semata-mata melihat kepada kemampuan graduan menerusi sijil dan kokurikulum yang diperoleh di universiti.
Beliau berkata, sebaliknya lebih penting ialah pengetahuan mereka dalam aspek keusahawanan, kemahiran insaniah, komunikasi, kepemimpinan, pengurusan dan keberanian mengambil risiko perniagaan dalam platform baharu dunia digital.
“MMU menyediakan ekosistem yang sangat kondusif dan inovatif bagi menyokong pembelajaran pelajar bermula daripada mereka mendaftar masuk ke kampus dan disebabkan ekosistem ini, pelajar kami sentiasa berdaya saing dan berinovasi walaupun masih belum memasuki pasaran kerja,”- katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama Plus Solar Systems Sdn Bhd, Ko Chuan Zhen, pula berkata persekitaran dan didikan di MMU banyak membentuk dirinya termasuk aspek nilai keperibadian, kepimpinan dan kaedah berfikir.
Original Source: Berita Harian
Print Edition: 19th of March 2020
Similar Articles (Print): Sinar Harian
Author: Berita Harian
Photo Credit: Plus Solar
Disclaimer: The contents of the reposted article have been edited to represent Plus Solar’s brand and services to its truest nature.